Thursday, 26 October 2017

APA ITU CIMS?

APA ITU CIMS?

Lebih mudah untuk kontraktor dengan CIMS

1. Apa itu Centralised Information Management System (CIMS)/ Sistem Pengurusan Maklumat Setempat (CIMS)?

CIMS adalah satu sistem yang mengintegrasi semua proses operasi dan transaksi di CIDB bagi memudahkan perkongsian data dan proses membuat keputusan. Keistimewaan CIMS adalah: mesra pelanggan; proses yang cepat dan cekap; dan sistem yang telus

2. Kenapa CIMS diperkenalkan? Apakah keutamaan CIMS?

CIMS boleh memudahkan urusan perkhidmatan dan transaksi CIDB dengan pelanggan melalui satu saluran online dimana proses permohonan dan kelulusan dilaksanakan sepenuhnya secara online. Pelanggan tidak perlu hadir ke kaunter untuk berurusan dengan CIDB.

Tempoh proses kelulusan dipendekkan, dan ini menjimatkan kos perjalanan dan masa bagi pelanggan. Proses permohonan kelulusan dilaksanakan secara talian atau online sepenuhnya bagi meningkatkan ketelusan.

3. Adakah CIMS selamat digunakan, terutamanya untuk membuat permohonan certificate? Bolehkah pelanggan tahu proses permohonan?

Sistem ini diintegrasikan dengan agensi-agensi berkaitan bagi mendapat pengesahan ketepatan data dan dokumen yang diserahkan semasa permohonan. Ini juga dapat mengelakkan penipuan dengan penyerahan maklumat palsu.

Semua urusan khidmat pelanggan adalah secara online iaitu: permohonan, pertanyaan, pembayaran serta akses kepada maklumat. Surat dan sijil berbentuk e-dokumen dan dijana oleh sistem CIMS dan dihantar kepada pengguna melalui email.

Sistem secara proaktif memberi notifikasi kepada pelanggan melalui emel dan SMS untuk kelulusan permohonan dan juga apabila tiba masa untuk memperbaharui sijil atau lesen.

4. Apakah urusan khidmat pelanggan yang boleh dilalukan melalui CIMS? Untuk kontraktor? Personnel binaan?

Kontraktor: Pendaftaran; Pengistiharan Projek Binaan, Pengurusan Levi dan Score
Personnel Binaan: Pendaftaran dan Akreditasi
Latihan: Pembangunan Kontraktor, Pembangunan Kompetensi Personel Binaan, Pembangunan Kompetensi Seliaan & Pengurusan

5. Bagaimana untuk akses CIMS?

Layari www.cidb.gov.my, dan klik di tab “ePerkhidmatan”.
Untuk bantuan dan rujukan: Hubungi CIDB Careline di talian 1-300-88-CIDB (2432) 
Atau log in ke eBantuan (logo eBantuan) di ebantuan.cidb.gov.my


0 komen: