Thursday 26 October 2017

PENGUMUMAN!!!



  • *ADALAH DIMAKLUMKAN KONTRAKTOR GRED G7 YANG INGIN MEMPERBAHARUI SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) WAJIB MEMPUNYAI SIJIL SCORE YANG MASIH SAH BERKUATKUASA 04 JULAI 2017 



  • Tempoh sah sijil SCORE akan dilanjutkan kepada 2 tahun.

Perolehan SCORE & MCORE yang diterima akan mendapat 15 mata CCD



  • *MCORE akan diperkenalkan kepada gred G1 dengan 4 kriteria penilaian: Keupayaan Kewangan, Keupayaan Teknikal,Operasi Perniagaan dan Pengurusan Perniagaan.





  • *Semua kontraktor diwajibkan untuk mengisytiharkan semua projek pembinaan mereka kepada CIDB secara atas talian. Tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas kontraktor yang gagal mengisytiharkan projek mereka.

CIMS

CIDB MALAYSIA MAKES IT EASIER WITH CIMS
KUALA LUMPUR: Aiming to provide faster, efficient and transparent service to its stakeholders, CIDB Malayia is transforming its online registration system by introducing the Centralised Information Management System (CIMS) from 4 July 2017.

CIMS integrates all processes and transactions to facilitate sharing of data and decision making, where all customer services are rendered online.

Under CIMS, stakeholders can submit their applications, make payments and have access to information related to CIDB and construction.

With the idea of making dealings simple and efficient, CIMS allows easy access to CIDB's online services and transactions through a single online channel.

Under CIMS, application and approval processes are conducted online whereby customers need no longer go to CIDB counters to send physical supporting documents or to collect their certificates or cards.

Certificates will be generated by CIMS as e-document format and sent to customers through email. It will also notify customers through email and SMS upon application approval and when their certificates or licenses are due for renewal.

CIMS also allows for a shorter approval process, and application approval process will be done completely online to enhance transparency.

The system will be integrated with relevant agencies in order to verify accuracy of data and documents submitted online during application. This way, any false information submitted can be detected.

For contractors, the services that can be accessed through CIMS include registration, construction project declaration, levy management and Score.

For construction personnel, they can use CIMS for registration and accreditation.

CIMS can also be accessed for information on trainings for contractor development, construction personnel competency and management and supervisory competency development.

To access CIMS, users can visit www.cidb.gov.my, and click on the 'eServices' tab. For assistance and reference, contact CIDB Careline at 1-300- 88-CIDB (2432), or log in to eBantuan (logo eBantuan) at ebantuan.cidb.gov.my.


04 July, 2017
KREDIT TO CIDB WEBSITE

APA ITU CIMS?

APA ITU CIMS?

Lebih mudah untuk kontraktor dengan CIMS

1. Apa itu Centralised Information Management System (CIMS)/ Sistem Pengurusan Maklumat Setempat (CIMS)?

CIMS adalah satu sistem yang mengintegrasi semua proses operasi dan transaksi di CIDB bagi memudahkan perkongsian data dan proses membuat keputusan. Keistimewaan CIMS adalah: mesra pelanggan; proses yang cepat dan cekap; dan sistem yang telus

2. Kenapa CIMS diperkenalkan? Apakah keutamaan CIMS?

CIMS boleh memudahkan urusan perkhidmatan dan transaksi CIDB dengan pelanggan melalui satu saluran online dimana proses permohonan dan kelulusan dilaksanakan sepenuhnya secara online. Pelanggan tidak perlu hadir ke kaunter untuk berurusan dengan CIDB.

Tempoh proses kelulusan dipendekkan, dan ini menjimatkan kos perjalanan dan masa bagi pelanggan. Proses permohonan kelulusan dilaksanakan secara talian atau online sepenuhnya bagi meningkatkan ketelusan.

3. Adakah CIMS selamat digunakan, terutamanya untuk membuat permohonan certificate? Bolehkah pelanggan tahu proses permohonan?

Sistem ini diintegrasikan dengan agensi-agensi berkaitan bagi mendapat pengesahan ketepatan data dan dokumen yang diserahkan semasa permohonan. Ini juga dapat mengelakkan penipuan dengan penyerahan maklumat palsu.

Semua urusan khidmat pelanggan adalah secara online iaitu: permohonan, pertanyaan, pembayaran serta akses kepada maklumat. Surat dan sijil berbentuk e-dokumen dan dijana oleh sistem CIMS dan dihantar kepada pengguna melalui email.

Sistem secara proaktif memberi notifikasi kepada pelanggan melalui emel dan SMS untuk kelulusan permohonan dan juga apabila tiba masa untuk memperbaharui sijil atau lesen.

4. Apakah urusan khidmat pelanggan yang boleh dilalukan melalui CIMS? Untuk kontraktor? Personnel binaan?

Kontraktor: Pendaftaran; Pengistiharan Projek Binaan, Pengurusan Levi dan Score
Personnel Binaan: Pendaftaran dan Akreditasi
Latihan: Pembangunan Kontraktor, Pembangunan Kompetensi Personel Binaan, Pembangunan Kompetensi Seliaan & Pengurusan

5. Bagaimana untuk akses CIMS?

Layari www.cidb.gov.my, dan klik di tab “ePerkhidmatan”.
Untuk bantuan dan rujukan: Hubungi CIDB Careline di talian 1-300-88-CIDB (2432) 
Atau log in ke eBantuan (logo eBantuan) di ebantuan.cidb.gov.my