Sunday, 9 July 2017

CIDB ANNOUNCEMENT

Salam buat followers Cik Casa,

PENGUMUMAN SISTEM BARU CIMS CIDB MASIH SEDANG DALAM PROSES PERALIHAN DATA/ BAIK PULIH HARAP BERSABAR :) 



Para pelanggan yang dihormati, kami memohon maaf atas segala kesulitan berkenaan sistem baharu CIDB Malaysia iaitu Sistem CIMS. 

www.cidb.gov.my

http://ebantuan.cidb.gov.my/


Dari sumber FB Official CIDB MALAYSIA


Wednesday, 5 July 2017

PROSES PENDAFTARAN KONTRAKTOR, PENGISYTIHARAN PROJEK, LEVI & SCORE SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM BARU CIDB - CIMS (CIMS – CENTRALISE INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM)

Dalam usaha untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatannya kepada para pelanggan, CIDB akan mula memperkenalkan sistem online baru dikenali dengan CIMS bermula pada 04 Julai 2017. Para pelanggan CIDB, khususnya kontraktor boleh menggunapakai CIMS bagi sebarang urusan perkhidmatan dengan melayari pautan http://cims.cidb.gov.my.


Sistem baru ini menyediakan tatacara penggunaan dalam bentuk video bagi memudahkan pengguna. Sila pilih menu "How to use" dan pilih video proses permohonan yang berkaitan.

Urusan pembayaran bagi semua transaksi menerusi sistem CIMS samada fee proses atau fee pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian menggunakan KAD VISA/PERBANKAN ATAS TALIAN atau melalui KAUNTER PEJABAT CIDB NEGERI/CAWANGAN.

Menerusi sistem online CIMS, Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Sijil SCORE akan dikeluarkan secara maya (virtual Certification) dan boleh dicetak sendiri oleh kontraktor setelah fee pendaftaran dijelaskan kepada CIDB. Sekiranya kontraktor memerlukan sijil cetakan sediaada ‘hardcopy’ hendaklah memohon kepada mana-mana pejabat CIDB Negeri/Cawangan dan akan dikenakan bayaran RM100.