Thursday, 2 November 2017

SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)


Pemegang SPKK layak menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan yang ditetapkan.Pemohon perlu memastikan mereka memiliki PPK bagi melayakkan syarikat memohon SPKK. Walaubagaimanapun kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran SPKK. 


Syarat Pendaftaran Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi syarat syarat berikut: 
a) Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang masih sah,
b) Memenuhi syarat Modal Berbayar atau Modal Terkumpul merujuk kepada Had nilai perolehan dan Personel Teknikal kecuali bagi Gred G1 hendaklah mempunyai Modal Berbayar atau Modal Terkumpul sekurang-kurangnya RM10,000.00, dan 
c) Memenuhi syarat pemilikan ekuiti dalam syarikat lain,
i) Pemegang saham syarikat/individu yang telah memiliki SPKK tidak boleh memiliki ekuiti melebihi 5% atau RM50,000.00 atau mana-mana yang terendah dalam mana-mana syarikat lain yang telah mempunyai SPKK. 
ii) Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Pengurusan dan Pegawai Teknikal syarikat yang telah memiliki SPKK tidak boleh wujud/didaftarkan dalam mana mana syarikat lain yang telah mempunyai SPKK.

Nota : Pengecualian diberi kepada konsortium, Koperasi dan GLC (Ahli Lembaga)

SYARAT PENSIJILAN SPKK




i) Memperolehi sijil penilaian SCORE sekurang-kurangnya 3 bintang bagi kontraktor gred G5, G6 dan G7. 
ii) Memperolehi sijil penilaian SCORE sekurang-kurang 2 bintang bagi kontraktor gred G2, G3 dan G4.
iii) Memperolehi pensijilan ISO 9001:2008 yang masih sah bagi gred G7.
iv) Bebas dari sabitan tindakan tata tertib atau mahkamah semasa mengemukakan permohonan.  

**Mana-mana kontraktor yang belum memohon score,secara automatic tidak layak untuk memohon Lesen SPKK.

2 komen:

farra maira said...

saya dah ada lesen G2 ,macam mana nk dapatkan SPKK iye?
Apa document yang sy perlu sedia kan?

Casa Crystal said...

cik boleh log in cidb online.buat scoring , lengkap details yg diminta.selepas dapat result scoring 2 bintang baru lah layak memohon spkk & stb - sijil taraf bumi.untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami 03-62429477.
terima kasih